Tuesday, April 28, 2009

Jenis Wayar dan Kerja Pendawaian

2.1 Alatan Tangan




P - mata
Q - sarung penebat
R - spring
S - fius

Pena Ujian
  • Alat ini sesuai dan selamat digunakan untuk mengesan arus elektrik dalam julat 50V-500V.
  • Pena ujian mempunyai lampu neon yang akan menyala apabila dikenakan kepada wayar hidup.
Kegunaan pena ujian
  • Mengesan kebocoran arus elektrik.
  • Memasang atau membuka skru kecil.


Pemotong sisi
  • Digunakan untuk memotong wayar elektrik dan memotong lebihan wayar pada punca tamatan.



Playar muncung tirus
  • Playar ini mempunyai muncung tirus yang sesuai untuk mencapai sesuatu di ruang yang sempit.
Kegunaan playar muncung tirus
  • Memotong
  • Memegang benda kecil
  • Membentuk




Playar gabung
  • Digunakan untuk kerja umum seperti memegang, mencengkam, memotong, membengkok, dan membentuk.



Penjalur wayar
  • Digunakan untuk menjalur dan memotong wayar.
2.2 Wayar

  • Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah bersesuaian dengan jenis alatan dan keselamatan.
  • Jenis-jenis wayar biasa adalah seperti wayar kuprum berenamel, wayar lembar tunggal, wayar teras tunggal, wayar teras kembar, dan wayar tiga teras.



I. Wayar kuprum berenamel
II. Wayar teras tunggal
III. Wayar teras kembar
IV. Wayar teras tiga

a) Wayar kuprum berenamel

i. untuk membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer.
ii. wayar ini disalut dengan lapisan enamel.

b) Wayar lembar tunggal

i. digunakan untuk membuat pendawaian dalam litar mudah seperti radio dan
komponen elektronik.

c) wayar terus tunggal

i. terdapat dua bentuk wayar teras tunggal, iaitu:
  • Lembar wayar halus - boleh dilentur dan digunakan untuk pendawaian litar elektrik seperti di radio dan pembesar suara.
  • Lembar wayar kasar - biasanya digunakan untuk pendawaian litar elektrik domestik.
d) wayar teras kembar

i. terdiri daripada dua wayar teras tunggal yang dicantumkan sekali.
ii. digunakan untuk membuat pendawaian lampu meja, televisyen, soket dan penyuai.

e) wayar tiga teras

i. terdapat dua jenis wayar tiga teras, iaitu:
  • Wayar tiga teras berpenebat PVC digunakan pada perkakas elektrik yang tidak menghasilkan haba seperti kipas angin, komputer, dan mesin basuh.
  • Wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam benang pula digunakan pada perkakas elektrik yang menghasilkan haba pemanas seperti seterika, ketuhar, cerek elektrik, dan pembakar roti.
2.3 Jenis Plag

Plag dugunakan untuk menyambungkan peralatan elektrik dengan soket alir keluar. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk plag mengikut kegunaan dan kuasa alatan yang disambungkannya.



a) Plag 2-pin 2 ampere
  • Wayar teras kembar digunakan pada plag ini.
  • Terdapat hanya dua tamatan, iaitu teras Hidup (L) dan teras Neutral (N).
  • Plag ini digunakan untuk alatan berkuasa kecil seperti radio, pencukur elektrik, dan jamelektrik.


b) Plag 3-pin 13 ampere
  • Plag ini mempunyai tiga tamatan, iaitu Hidup (L), Neutral (N), dan Bumi (E).
  • Fius kartrij 13 ampere dipasnagkan di dalam plag untuk tujuan keselamatan.


c) Plag 3-pin 15 ampere
  • Digunakan untuk kelengkapan yang berkuasa tinggi seperti seperti pendingin nudara dan pemanas air.
  • Mempunyai bentuk pin bulat dan tidak menggunakan fius.
Pendawaian plag 3-pin 13 ampere


  1. Buangkan penebat kabel kira-kira 4 cm
  2. Jalurkan hujung ketiga-tiga wayar
  3. Pintalkan ketiga-tiga hujung wayar
  4. Buka penutup plag
  5. Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod wayar yang betul iaitu
    • Wayar coklat/hitam - tamatan hidup(L)
    • Wayar biru/merah - tamatan neutral (N)
    • Wayar hijau/hijau-kuning -tamatan bumi (E)
  6. Tutup semula plag dan pasangkan skru
2.4 Fius

  • Fius disambungkan secara siri di dalam litar dan dipasangkan pada wayar hidup (L).
  • Fius ditentukan mengikut kadaran seperti 2 A, 5 A, 10 A dan 13 A.
  • Terdapat dua jenis fius yang biasa digunakan, iaitu fius dawai dan fius kartij.



Fius dawai
  • Fius dawai didapati dalam bentuk dawai yang kadarnya telah ditetapkan.
  • Fius dawai boleh digantikan apabila lebur dengan dawai fius yang betul kadarannya.
  • Pemengang fius diperbuat daripada bahan tahan haba seperti seramik dan bakelit.




Fius kartij
  • Fius kartij yang terbakar harus diganti dengan fius yang baru dengan kadaran yang betul.
2.5 Lampu Pendarfluor





1. Tiub pendarfluor
  • Diperbuat daripada kaca yang berisi merkuri dan gas argon.
  • Bahagian dalam tiub disalur dengan lapisan fosfor.
  • Terdapat dua pin elektrod pada kedua-dua hujung tiub.
  • Apabila arus elektrik mengalir melalui pin elektrod, tiub akan menghasilkan sinaran ultraungu.
  • Cahaya putih akan dihasilkan apabila terkena sinaran ultraungu.
2. Perumah
  • Perumah lampu pendarfluor mengandungi cok, pemegang tiub, pemegang suis penghidup, dan suis penghidup.
3. Cok
  • Digunakan untuk membekalkan voltan yang tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.
4. Pemegang tiub
  • Pemegang tiub terletak pada kedua-dua hujung perumah.
  • Pemegang tiub berfungsi untuk menyangga tiub pendarfluor.
5. Pemegang suis penghidup
  • Pemegang suis penghidup berfungsi untuk menempatkan suis penghidup.
6. Suis penghidup
  • Suis penghidup hanya berfungsi untuk menghidupkan lampu.
  • Lampu akan terus menyala walaupun suis penghidup ditanggalkan.

Monday, April 27, 2009

Sumber dan Kegunaan Elektrik

1.1 Sumber Elektrik



Kemagnetan

  • Dinamo dan turbin pada penjana di stesen jana kuasa elektrik menggunakan prinsip tindakan kemagnetan untuk menghasilkan tenaga elektrik.
  • Prinsip ini berdasarkan pergerakan magnet melalui gegelung wayar yang dililit di sekeliling sebatang teras besi.
  • Apabila magnet digerakkan, jarum penunjuk galvanometer akan bergerak. Keadaan ini menunjukkan terhasilnya arus elektrik.



Dinamo


  • Bahagian utama dinamo ialah gegelung wayar, magnet, kekal, dan teras besi.
  • Apabila andan mengayuh basikal, magnet dalam dinamo basikal berputar dalam satu arah. Aruhan medan magnet menghasilkan arus elektrik pada gegelung wayar.
  • Teras besi digunakan untuk mengembangkan medan magnet.
  • Arus elektrik yang lebih kuat akan terhasil apabila putaran magnet dilajukan atau bilangan lilitan gegelung wayar ditambah.




Turbin


  • Turbin ialah sejenis alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air, stim, atau angin.
  • Turbin menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanikal untuk menggerakkan pelbagai jenis mesin seperti pam air dan penjana elektrik.
  • Rotor di dalam turbin terdiri daripada bilah-bilah kipas yang dipasang pada gandar.
  • Apabila bilah-bilah ini diputar oleh air misalnya, maka gandar akan turut berputar oleh air misalnya, maka gandar akan turut berputar.
  • Gandar ini dihubungkan kepada penjana yang akan berputar dan mengahasilkan kuasa elektrik.

Tindaka Kimia



Sel Kering

  • Voltan yang dihasilkan oleh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt.
  • Sel ini digunakan dalam peralatan elektrik bervoltan rendah seperti radio, lampu suluh, jam, dan alatan mainan.
  • Batang karbon yang terdapat di tengah-tengah sel bertindak sebagai punca positif.
  • Di sekeliling batang karbon terdapat campuran ammonium klorida dan mangan dioksida yang bertindak sebagai elektrolit.
  • Bahan ini terkandung dalam bekas zink yang bertindak sebagai punca negatif.
  • Tindak balas kimia yang berlaku antara elektroilit dengan bekas zink akan menghasilkan arus elektrik.
  • Kelemahan sel kering ialah sel ini tidak dapat digunakan lagi setelah casnya habis.
  • Pelbagai jenis sel kering boleh didapati dipasaran, iaitu sel alkali, sel merkuri, sel lithium, dan sel nikel cadmium (Ni Cad).



i. Sel Alkali

  • Sel alkali merupakan sejenis sel yang mampu membekalkan tenaga elektrik dalam jangka masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan sel biasa.




ii. Sel merkuri

  • Sel merkuri merupakan sejenis sel bersaiz kecil yang hanya digunakan untuk peralatan peranti atau perkakas elektrik seperti alat yang hanya memerlukan seperti alat yang hanya memerlukan arus yang rendah.


iii. Sel lithium

  • Sel ini mampu membekalkan arus yang tinggi dan jangka hayat yang lama serta boleh dicas semula.
  • Sel lithium biasanya digunakan pada peralatan yang kecil (mudah alih) seperti kamera, kalkulator, dan komputer (memori sokongan).


iv. Sel nikel cadmium (NiCad)

  • Sel ini banyak digunakan pada peralatan pada peralatan tanpa wayar (cordless).
  • Sel ini boleh dicas semula sehingga 1000 kali dengan meggunakan peralatan khas yang membekalkan arus yang stabil serta mengelakkan litar pintas.



Sel Basah


  • Sel basah digunakan dalam kenderaan seperti bas, kereta, lori, dan motosikal.
  • Tenaga yang dihasilkan oleh sel basah lebih tinggi jika dibandingkan dengan sel kering.
  • Sel ini boleh dicas semula apabila kuasanya berkurangan atau lemah.
  • Sel ini menghasilkan voltan 2 volt. Bagi penggunaan biasa, sel ini dibuat dalam 6 volt dan 12 volt.




Cahaya

  • Apabila cahaya dipancarkan ke permukaan sesuatu bahan kimia seperti selenium, natrium, dan kalium, sedikit arus elektrik dihasilkan.
  • Prinsip ini digunakan pada meter dedahan cahaya untuk kamera dan sel solar pada kalkulator.
1.2 Kegunaan Elektrik

Elektrik untuk menghasilkan haba

  • Perkakas elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba menggunakan elemen pemanas seperti periuk nasi, pengering rambut dan seterika.
  • Elemen pemanas biasanya diperbuat daripada nikrom.



Elektrik untuk menghasilkan tenaga kinetik

  • Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik adalah seperti kipas angin, mesin pengisar, dan gerudi elektrik.
  • Kesemua perkakas berkenaan berasaskan motor elektrik.



Elektrik untuk menghasilkan bunyi

  • Tenaga elektrik boleh ditukar kepada tenaga bunyi.
  • Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga kepada tenaga bunyi adalah seperti radio, loceng, dan siren.

Elektrik untuk menghasilkan cahaya

  • Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya adalah seperti lampu pijar dan lampu pendarflour.
  • Tiub lampu pendarflour berisi gas argon dan merkuri.
  • Arus yang mengalir melalui campuran gas argon dan merkuri ini akan menghasilkan sinaran ultraungu.
  • Sinaran ini akan bertukar menjadi cahaya putih apabila terkena lapisan fosfor.